HomeUtamaDUN Sabah : Hanya 44 YB hadir Sidang Khas hari ini

DUN Sabah : Hanya 44 YB hadir Sidang Khas hari ini

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Hanya 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang hadir pada Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada hari ini.

Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya berkata, jumlah kehadiran itu dilihat antara yang terendah dalam tempoh dua tahun sebelum ini.

“Jumlah kehadiran yang dilaporkan pada sidang kali ini merupakan antara terendah pernah dilihat dalam tempoh dua tahun ini,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di DUN Sabah di sini hari ini.

Terdahulu, Sidang Khas DUN itu diadakan bagi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan RUU Bekalan Gas 2023.

Kadzim berkata, ketidakhadiran beberapa ADUN ke sidang khas itu adalah tertakluk kepada sebab masing-masing.

“Saya tidak pernah menolak sebarang permohonan tidak hadir. Bila mereka mohon, saya luluskan sebab bukan tugas saya untuk memeriksa kesahihan alasan mereka.

“Ia terpulang kepada mereka, mungkin mereka mempunyai alasan untuk tidak hadir dan tidak dapat hantar permohonan ketidakhadiran, tapi saya tidak boleh buat kesimpulan,” katanya.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yang juga ADUN Lamag Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu kenyataan memaklumkan sebahagian besar ADUN UMNO Sabah tidak dapat hadir kerana menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di ibu negara.

Bagaimanapun, Presiden Parti Warisan (WARISAN) yang juga ADUN Senallang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ketidakhadiran ADUN Warisan ke Sidang Khas berkenaan disebabkan pihaknya mahu satu Jawatankuasa Khas diwujudkan bagi menentukan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Sabah selaras dengan perbincangan di alam pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya