Kuota haji Malaysia kembali kepada 31,600 jemaah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:46 Second

CYBERJAYA — Kuota jemaah haji Malaysia tahun ini dikembalikan seperti sebelum pandemik Covid-19, iaitu 31,600 berbanding 14,306 jemaah, tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat khas bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq Fawzan Al-Rabia.

“Sehubungan dengan itu, saya sukacitanya ingin mengumumkan kuota haji Malaysia yang diterima daripada kerajaan Arab Saudi adalah sebanyak 31,600 orang untuk tahun 1444H/2023M.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya menzahirkan rasa amat bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota penuh ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, dalam pertemuan itu, Tawfiq memuji Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji terbaik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang patut dicontohi.

“Saya telah memberikan penegasan bahawa TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *