HomeUtamaDUN Sabah : Penyerahan kuasa kawal selia gas antara tuntutan MA63

DUN Sabah : Penyerahan kuasa kawal selia gas antara tuntutan MA63

Read Time:1 Minute, 17 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Penyerahan kuasa kawal selia gas kepada Kerajaan Negeri Sabah merupakan salah satu isu tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mesyuarat jemaah menteri Persekutuan pada 21 Disember lalu telah meluluskan penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas melalui Perintah di bawah Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan iaitu penggantungan Akta Bekalan Gas 1997 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (berkaitan fungsi gas).

Katanya, ia adalah hasil dari beberapa siri perbincangan telah diadakan di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Perintah tersebut telah diperkenan oleh Yang di Pertuan Agong pada 27 Disember 2022 dan berkuat kuasa pada hari ini, 10 Januari 2023.

“Maka dengan itu, Rang Undang-Undang (RUU) Bekalan Gas 2023 hendaklah dibentang pada hari ini bertujuan untuk mengambil alih kuasa kawal selia bekalan gas merangkumi bekalan gas daratan iaitu pengimportan gas ke terminal penggasan semula, pemprosesan gas, penggasan semula gas, pengiriman gas, pengangkutan/ penghantaran gas, pengagihan gas, peruncitan gas dan penggunaan gas.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan RUU berkenaan pada Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Hajiji berkata, RUU ini akan ditadbir dan dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah.

RUU yang mengandungi tujuh Bahagian dan 81 Fasal itu kemudiannya diluluskan sebulat suara oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Sebelum itu, RUU berkenaan dibahas oleh ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin (GRS- Nabawan), Datuk Yong Teck Lee (GRS – Dilantik), Datuk Masiung Banah (Bebas-Kuamut), Datuk Ewon Benedick (PH – Kadamaian) dan Datuk Dr Yusof Yacob (BN – Sindumin). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya