HomeUtamaCOVID-19 : Hanya enam kes direkodkan, laporan terakhir Masidi

COVID-19 : Hanya enam kes direkodkan, laporan terakhir Masidi

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Sabah hari ini mencatatkan hanya enam kes jangkitan COVID-19 dan ia merupakan angka jangkitan terendah sejak 3 September 2020.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hanya lima daerah mencatatkan jangkitan COVID-19 yang baharu.Katanya, kadar positiviti juga rendah, yakni 0.46 peratus dengan sampel ujian yang berjumlah 1,295.

“Pada hari ini hanya lima daerah mencatatkan jangkitan baharu iaitu dua kes di Tuaran serta satu kes di Kota Kinabalu, Kota Marudu, Papar dan Sandakan.

“Manakala lain-lain daerah tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 22 daerah dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemua enam kes baharu yang dilaporkan hari ini adalah dalam Kategori satu dan Kategori dua.

“Setakat ini lapan daerah iaitu Ranau, Kalabakan, Tongod, Kunak, Semporna, Kuala Penyu, Pitas dan Nabawan berstatus ‘daerah hijau’ kerana tidak ada jangkitan baharu selama 14 hari berturut-turut.

“Hanya daerah Tuaran dan Kota Kinabalu masih berstatus merah,” katanya.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, rumusan perkembangan harian COVID-19 pada hari ini adalah yang terakhir dilaporkan olehnya.

Bermula esok katanya, laporan perkembangan harian COVID-19 akan diambil alih oleh Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam sebagai menteri penyelaras pengurusan COVID-19 di Sabah.

“Pengambilalihan tugas ini adalah sesuai dengan pelantikan beliau sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan juga Timbalan Ketua Menteri II.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pengurusan COVID-19 di Sabah khususnya Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Pengarah Kesihatan dan kakitangan Jabatan Kesihatan Sabah, anggota-anggota keselamatan, Sektetariat COVID-19 di Jabatan Ketua Menteri Sabah dan semua Pejabat Daerah.

“Penghargaan khusus kepada semua pengamal media di Sabah yang banyak membantu saya menyebarkan maklumat penting mengenai perkembangan Covid di Sabah sejak saya mengambil-alih tanggungjawab ini lebih dua tahun yang lalu. Saya amat menghargai sumbangan dan pengorbanan saudara-saudari semua,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya