Pasar raya Bataras, kilang perabot musnah terbakar

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Sebuah pasar raya menjual barangan keperluan harian di Jalan Tuaran Bypass berhampiran Kampung Rampayan di sini musnah terbakar pagi tadi.

Kebakaran yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu adalah membabitkan pasar raya Bataras selain sebuah kilang barangan perabot.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.39 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran melibatkan sebuah bangunan pasar raya Bataras jenis separuh kekal yang terbakar 70 peratus.

“Turut terbakar adalah sebuah kedai perabot New Tech Furniture jenis separuh kekal yang terbakar 10 peratus dan operasi pemadaman masih giat dijalankan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Pihak Bomba turut mendapat bantuan dari beberapa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan BBP Penampang.Difahamkan bomba turut mengalami sedikit masalah disebabkan oleh tekanan air di tempat kejadian.

“Operasi Overhaul sedang dijalankan Dan turut operasi terkawal pada jam 12:10 tengah hari dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *