HomeUtamaSPRM tahan enam, individu termasuk lima penjawat awam

SPRM tahan enam, individu termasuk lima penjawat awam

Read Time:50 Second

KOTA.KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah telah menahan enam individu terdiri daripada lima penjawat awam yang bertugas di sebuah jabatan di daerah Semporna malam tadi.

Sumber berkata, kesemua suspek lelaki termasuk seorang awam yang disyaki sebagai orang tengah ditahan kerana dipercayai telah meminta wang rasuah kira-kira RM20,000 daripada seorang awam bagi tidak mengambil tindakan ke atas anaknya yang disyaki melakukan kesalahan menyimpan minyak masak subsidi berjumlah kira-kira 100 kotak yang disyaki diseludup ke luar negara.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 29 hingga 50 tahun itu dipercayai ditahan oleh pegawai SPRM selepas menerima sebahagian dari wang rasuah iaitu sebanyak kira-kira RM5,000 daripada orang awam berkenaan pada kira-kira jam 10 malam, tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Tawau untuk proses permohonan reman pada hari ini bagi tujuan siasatan lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

Ops Buaya: JHL tembak mati buaya betina di Kg Sabah Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular