HomeUtamaKerajaan Negeri bantu bekas pekerja SFI sejak 2019 dan ketika pandemik COVID-19...

Kerajaan Negeri bantu bekas pekerja SFI sejak 2019 dan ketika pandemik COVID-19 – Abidin

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan atas dasar keprihatinan untuk membantu nasib bekas pekerja Sabah Forest Industries (SFI) sejak 2019 dan ketika pandemik COVID-19.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, bantuan tersebut termasuk pembayaran gaji mereka (pekerja SFI) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Dan yang terkini ialah Kerajaan Negeri telah membantu membayar tunggakan bil elektrik bekas pekerja SFI sejumlah RM798,000,'” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan dengan itu, Abidin menjelaskan bahawa walaupun kerajaan bersimpati dengan nasib mereka, tetapi bukanlah mudah untuk Kerajaan Negeri secara berterusan menyelesaikan kepayahan mereka untuk jangka masa panjang.

“Pekerja terbabit telah diberhentikan oleh bekas majikan mereka, syarikat pengilang kertas dan pulpa yang berpangkalan di India, Ballarpur Industries Ltd yang kini berada dalam Penerimaan (in Receivership) sejak 2017.

“Sementara menunggu kilang itu beroperasi semula oleh syarikat konsesi baharu, bekas pekerja telah dinasihatkan untuk melihat perkara itu secara realistik, sekali gus untuk mencari pekerjaan alternatif,” jelasnya.

Menurut Abidin, Kerajaan Negeri telah meletakkan syarat bagi syarikat konsesi baharu itu untuk memulakan operasi dalam tempoh dua tahun.

“Bekas pekerja boleh memohon untuk bekerja di syarikat baharu.

“Pegawai Daerah Sipitang telah diarahkan untuk menyelaraskan perkara ini dengan
bekas pekerja SFI,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sydney dinobat pemenang peringkat serantau Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya