HomeUtamaEkonomi Sabah diharap terus pulih berkembang tahun ini - Dr Joachim

Ekonomi Sabah diharap terus pulih berkembang tahun ini – Dr Joachim

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri berharap ekonomi Sabah akan terus pulih dan berkembang pada tahun ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

“Kita berharap dalam tahun ini ekonomi Sabah akan terus pulih dan berkembang setelah sekian lama kita berada dalam pandemik Covid-19 yang telah melumpuhkan sistem ekonomi dunia dan juga negeri kita sendiri.

“Ini juga menyebabkan Karnival Tahun Baharu Cina ditiadakan pada tahun 2020 dan 2021. Kita bersyukur, pada tahun ini merupakan tahun kedua sambutan karnival selepas ia diadakan pada tahun lalu,” katanya ketika merasmikan penutupan Karnival Tahun Baharu Cina yang diadakan di Lintasan Deasoka di sini, malam ini.

Karnival yang berlangsung daripada 15 Jan ini dianjurkan bersama oleh Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Presiden FCAS, Tan Sri T.C Goh yang telah menganjurkan karnival ini selain sentiasa mengadakan aktiviti amal dan kemasyarakatan khususnya dalam persatuan Cina.

“Syabas dan tahniah juga diucapkan serta ahli jawatankuasa (AJK) pelaksana dan pihak DBKK yang menjayakan karnival.,” katanya.

Karnival ini diadakan bertujuan untuk memupuk dan mempamerkan kebudayaan Cina menjelang Tahun baharu Cina.

Dr. Joachim berkata, karnival ini juga boleh menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negeri, sekaligus mempromosikan keunikan Malaysia khususnya di Sabah.

“Karnival ini terbuka kepada kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan latar belakang. Saya difahamkan pelbagai acara menarik telah diadakan sebagai pengisian karnival seperti persembahan-persembahan yang diadakan selain gerai-gerai menjual makanan dan lain-lain keperluan,” ujarnya.

Menurut kalendar Cina, tahun ini merupakan Tahun Arnab, katanya, sambil menambah arnab merupakan haiwan yang disayangi serta memiliki sifat tenang turut menggambarkan keharmonian, kesejahteraan serta perpaduan rakyat di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya