HomeUtamaPengembara masuk ke Sabah tidak perlu jalani ujian negatif Covid-19 - Christina...

Pengembara masuk ke Sabah tidak perlu jalani ujian negatif Covid-19 – Christina Liew

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Pengembara tempatan atau warga asing yang ingin memasuki negeri ini tidak lagi perlu menjalani ujian negatif Covid-19, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Katanya, Kerajaan Negeri akan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) Kerajaan Persekutuan bagi pelancong yang memasuki Malaysia berkuat kuasa Rabu (18 Jan).

“Keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Kabinet selepas perkara itu dibangkitkan dan dibincangkan dalam mesyuarat itu pada Rabu.

“Sabah akan mengetepikan syarat sijil vaksinasi, manakala ujian negatif Covid-19 tidak lagi diperlukan bagi pelancong yang memasuki negeri ini. Ini kini terpakai kepada pengembara tempatan dan warga asing,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di pejabat kementeriannya.

Menurutnya, mulai 1 Ogos 2022, semua pengembara dibenarkan memasuki Malaysia, tanpa mengira status vaksinasi Covid-19 mereka dan tidak memerlukan ujian Covid-19 pra-pelepasan atau semasa ketibaan, seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Christina turut mendedahkan bahawa Kabinet Negeri telah meluluskan penubuhan Biro Konvensyen Sabah, sebuah pusat sehenti untuk maklumat dan bantuan penganjuran konvensyen dan acara perniagaan di negeri itu.

“Visinya adalah untuk memastikan Sabah diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa sebagai salah satu bandar terbaik dunia dalam menganjurkan acara perniagaan.

“Untuk menjadikan Sabah sebagai destinasi acara perniagaan yang dinamik di mana manusia, teknologi dan idea berkumpul dan mencipta nilai yang hebat untuk pelanggan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah FC juara Piala SMJ 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya