HomeIsu tempatanSPRM tahan tiga penjawat awam terima rasuah sehingga RM5,000

SPRM tahan tiga penjawat awam terima rasuah sehingga RM5,000

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga penjawat awam yang bertugas di sebuah jabatan awam di daerah Kota Kinabalu dan Lahad Datu kerana disyaki menerima wang rasuah kira-kira RM3,000 hingga RM5,000 bagi setiap pengeluaran lesen Kapal Kecil Berlesen Sabah.

Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 50 hingga 60 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah hari ini sekitar jam 12.00 tengahari ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, ketiga-tiga individu tersebut disyaki menerima wang rasuah kira-kira RM3,000.00 sehingga RM5,000.00 daripada syarikat-syarikat operator pelancongan antara tahun 2017 hingga 2019 bagi setiap pengeluaran lesen Kapal Kecil Berlesen Sabah, untuk penambahan penumpang melebihi 12 orang tanpa mengikut prosedur permohonan penambahan penumpang yang sebenar .

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Labuan esok (Khamis) bagi tujuan permohonan reman.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya