Media sosial mudahkan kita terus berinteraksi – Arifin

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

MEMBAKUT : Perubahan teknologi dan keadaan semasa banyak mengubah gaya hidup masyarakat khususnya dalam meraikan suatu perayaan.

Aktiviti bersemuka juga tetap menjadi keutamaan kepada masyarakat khususnya ketika bertemu dan bersua muka dalam kalangan ahli keluarga.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perubahan itu termasuklah penggunaan alatan digital selain media sosial bagi menyampaikan ucapan kepada rakan dan keluarga.

“Zaman kini telah berubah, ini juga sesuai dengan peredaran masa dimana cara-cara meraikan suatu perayaan itu kini lebih telah berkembang termasuk penggunaan digital.

“Kita pun sekarang membuat ucapan perayaan lebih memilih untuk menyampaikan ucapan melalui media sosial seperti Facebook, TikTok Dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra sekitar Pekan Membakut sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2023 di sini kelmarin.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, perkembangan semasa itu perlu diikuti sebagai langkah yang positif dalam menyampaikan ucapan kepada rakan mahupun keluarga.

“Ini juga boleh memudahkan kita terus berinteraksi berbanding sebelum ini kita hanya menggunakan kad yang dihantar dan sekarang ucapan dihantar melalui WhatsApp serta sebagainya.

“Selain itu, peranan media khususnya media perdana Kerajaan juga sangat berkesan untuk menyampaikan nilai perpaduan melalui perayaan yang kita raikan,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *