HomeUtamaPersatuan peniaga luar bandar digalak tubuh koperasi

Persatuan peniaga luar bandar digalak tubuh koperasi

Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA BELUD: Persatuan yang terlibat dalam perusahaan produk tempatan atau pelancongan di luar bandar digalakkan supaya menubuhkan sebuah koperasi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ini penting bagi memudahkan kerajaan menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyalurkan pelbagai bantuan, bimbingan atau kursus keusahawanan bagi meningkatkan lagi pendapatan ahli-ahli koperasi.

“Melalui koperasi, ada peruntukan tambahan boleh disalurkan yang tidak boleh disalurkan kepada persatuan.

“Oleh itu, saya telah mencadangkan kepada penduduk Kg.Lompios menubuhkan koperasi di kampung ini, supaya kerajaan menerusi SKM boleh menyalurkan bimbingan seterusnya memudahcarakan keperluan-keperluan lain yang mungkin diperlukan penduduk ini pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bangunan Tamu Keusahawanan dan Bengkel Pemprosesan Lada Hitam Kg.Lompios, di sini, semalam.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, kementeriannya juga bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan penjaja, peniaga kecil dan perusahaan mikro kecil dan sederhana.

“Agensi-agensi di bawah kementerian ini mempunyai peranan masing-masing membantu usahawan, penjaja dan peniaga kecil-kecilan serta koperasi antaranya Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysoa (AIM), SME Corp dan SKM.

“Kementerian ini bukan sahaja menyediakan pembiayaan mikro tetapi juga geran keusahawanan dan program bimbingan atau latihan keusahawanan…dan inilah yang akan membantu rakyat atau pengusaha yang memerlukan kemudahan seperti ini.

“Pada masa yang sama saya juga prihatin mengenai keperluan infra…bangunan keusahawanan atau bangunan tamu yang digunakan oleh para penjaja dan peniaga kecil-kecilan seperti ini.

“Keperluan-keperluan seperti ini saya angkat untuk perhatian kerajaan persekutuan bagi memberi keselesaan kepada para pejaja dan peniaga kecil-kecilan,” katanya.

Bangunan Keusahawanan itu adalah antara usaha Ewon semasa beliau Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

“Saya gembira melihat bangunan ini sudah siap sepenuhnya dan memberi manfaat kepada para penjaja dan peniaga kecil-kecilan bukan sahaja di kampung ini tetapi mukim dan kepada para petani dan penanam lada hitam Kg.Lompios,” katanya.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysis (SKM) Sabah Matias Kundapin, Ketua Program Teraju Sabah Md.Redzuan Rahman, Pegawai Daerah Kota Belud Peter Jonu, Pengerusi Taman Tamu Lompios Janus Tion dan Ketua Perhubungan Pejabat Adun Kadamaian Carlye Lajimin. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya