HomeUtamaMoyang tegas, perjuangkan hak orang tempatan - Benedict

Moyang tegas, perjuangkan hak orang tempatan – Benedict

Read Time:1 Minute, 25 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: “Moyang saya seorang yang tegas, beliau bertekad berjuang untuk hak-hak orang tempatan,” kata Benedict Leo Stephens.

Benedict yang merupakan wakil kepada bekas tawanan dan mangsa Perang Petagas 1944 hadir pada upacara memperingati  mangsa-mangsa perang Petagas di Taman Peringatan Petagas di sini semalam.

Katanya, keberanian moyangnya dalam perjuangan menentang tentera Jepun telah membawa kesan yang mendalam dalam keluarga mereka.

Benedict ketika ditemui media.

“Moyang saya, Jules Stephens berpangkat Sarjan dalam Kinabalu Volunteer Force iaitu sebahagian daripada Pasukan Gerila Kinabalu merupakan salah seorang yang terlibat dengan revolusi menentang Jepun pada 10 Oktober 1944.

“Beliau dihukum bunuh di sini ketika menjadi tawanan perang antara tahun 1941 hingga 1942. Bagi kami tidak ada perjuangan yang lebih berbaloi selain mempertahankan negara dari penjajahan,” katanya.

Acara menurunkan bendera oleh wakil Tentera Laut Diraja Malaysia semasa tiupan Last Post.

Pada upacara tersebut, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Jeffrey G. Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan mendahului upacara meletakkan kalungan bunga mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Diadakan pada setiap 21 Januari setiap tahun, upacara tersebut bertujuan mengenang para pejuang Pasukan Gerila Kinabalu yang terkorban menentang pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua di Sabah.

Jeffrey meletakkan kalungan bunga dan memberi penghormatan kepada mangsa perang.

Turut meletakkan kalungan bunga, Timbalan Ketua Pengarah Kewangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Lifred Wong mewakili Mayor DBKK, Komander Artileri Divisyen, 5 Divisyen, Kolonel Mohd Imran Ibrahim, Tuan Yang Terutama Konsulat Jeneral Republik Rakyat China (Kota Kinabalu), Honourable Huang Shifang, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Datuk Thomas Lagun dan Patrick Liau Ngau mewakili Setiausaha Persekutuan Sabah.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular