HomeIsu tempatanEwon kunjungi rumah terbuka Tahun Baru Cina di Penampang

Ewon kunjungi rumah terbuka Tahun Baru Cina di Penampang

Read Time:1 Minute, 2 Second

PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meluangkan masa mengunjungi Rumah Terbuka penduduk Penampang yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang mengunjungi rumah terbuka Naib 2 MPN PKR Sabah, Joseph Alex Chang di Kampung Dontodizon, Chau Siew Hwa di Kampung Sarapung dan Edmond Lo di Kampung Pogunon.

Bagi masyarakat Sabah, perayaan Tahun Baru Cina bukan sahaja disambut oleh masyarakat Cina tetapi masyarakat Sino Kadazan dan Tatana turut menyambutnya bersama masyarakat lain dari pelbagai bangsa dan agama.

Ewon berkata, budaya kunjung mengunjungi yang diamalkan masyarakat negara ini sejak dahulu lagi setiap kali musim perayaan mampu memperkukuhkan perpaduan dan persefahaman di kalangan masyarakat majmuk.

“Saya berharap sambutan tahun baru ini akan memberi kesihatan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia. Mari kita terus kukuhkan perpaduan dan keharmonian sesama warga Malaysia yang berbilang kaum, bahasa dan agama,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Sulit Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Shellyn Lo berkata, kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini dapat dirasai dengan kehadiran ramai saudara mara dan kawan-kawan yang berkunjung ke rumah terbuka keluarganya.

“Saya gembira kerana pada tahun ini kita dapat menyambut Tahun Baru Cina dalam suasana yang aman tanpa sekatan pergerakan seperti dua tahun lalu akibat pandemik Covid-19,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular