HomeIsu tempatanMajlis apresiasi FPEP UMS hargai komitmen kakitangan tingkat keterlihatan Universiti

Majlis apresiasi FPEP UMS hargai komitmen kakitangan tingkat keterlihatan Universiti

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU : Majlis Apresiasi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan wahana terbaik dalam memberi penghargaan kepada para kakitangan yang telah bertungkus lumus ke arah usaha meningkatkan keterlihatan fakulti serta universiti secara amnya.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, acara sedemikian juga medan terbaik dalam membentuk keharmonian para kakitangan dan pihak pengurusan universiti.

“Dalam majlis ini saya dapat berbual dengan kakitangan di semua peringkat secara santai tanpa protokol yang sering menghalang saya untuk mengetahui lebih dekat latar belakang kakitangan yang bertugas di mana-mana Fakulti atau Pusat di UMS.

“Di samping itu, majlis apresiasi boleh mencetus semangat untuk meningkatkan komitmen masing-masing untuk berusaha dengan lebih sistematik di masa hadapan untuk sama ada mengekalkan pencapaian yang telah diperolehi pada tahun lalu atau bertekad lebih cemerlang di sepanjang tahun baru ini,” katanya ketika menghadiri majlis tersebut di Hotel Horizon, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Tambah Kasim, penganjuran majlis sebegini juga perlu kerana pengurusan sumber manusia yang cekap menuntut keprihatinan organisasi terhadap segala komitmen kakitangan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan efektif.

“Justeru, majlis seumpama ini sekali gus menjadi medan terbaik dalam memberi penghargaan setimpal kepada segala usaha yang dilakukan oleh kakitangan sepanjang tahun sebelumnya,” kata Kasim.

Terdahulu, Dekan FPEP, Profesor Madya Dr. Mohd Rahimie Abd Karim menyampaikan penghargaan kepada Kasim atas kehadiran beliau ke majlis tersebut walaupun mempunyai jadual yang padat.

Rahimie turut memaklumkan, majlis apresiasi tersebut turut memberi penghargaan kepada kakitangan akademik dan pentadbiran fakulti yang telah memberi perkhidmatan cemerlang dalam pelbagai kategori.

“Diharapkan kakitangan yang berjaya memenangi beberapa anugerah yang diadakan turut berkongsi tips dengan kakitangan lain agar budaya bertekad cemerlang sentiasa menjadi ikutan kakitangan di Fakulti,” ujar beliau.

Seramai 105 kakitangan FPEP hadir pada majlis apresiasi tersebut, dengan 161 anugerah telah disampaikan kepada 75 orang staf FPEP, merangkumi Anugerah Akademik, Anugerah Penghargaan Akademik, Anugerah Staf Bukan Akademik, Anugerah Hal Ehwal Pelajar dan Pascasiswazah, Anugerah Khas Dekan (Akademik), Anugerah Khas Dekan (Bukan Akademik), Anugerah Penyelidikan, Anugerah Industri dan Libatsama Masyarakat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya