HomeUtamaMangsa banjir di Sabah lepasi angka 10,000 orang

Mangsa banjir di Sabah lepasi angka 10,000 orang

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU : Jumlah mangsa banjir di Sabah mencatat pertambahan drastik kepada 10,312 orang setakat jam 8 malam berbanding 9,677 orang jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah tersebut melibatkan 3,564 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas di lima buah daerah di Sabah dan kini ditempatkan di 33 buah pusat penempatan sementara (PPS).

“Pada ketika ini, Kota Marudu kekal mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 7,358 mangsa melibatkan 2,553 KIR dan kini ditempatkan di 12 buah PPS yang disediakan.

“Di daerah Pitas pula, terdapat peningkatan jumlah mangsa iaitu seramai 2,160 orang melibatkan 795 KIR dan ditempatkan di sembilan buah PPS di daerah berkenaan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Dua lagi daerah kekal merekodkan jumlah mangsa terjejas iaitu Paitan (664 mangsa) dan Tawau (109 mangsa).

Manakala di daerah Telupid, jumlah mangsa menurun seramai 21 orang setakat jam 8 malam berbanding 24 mangsa pada jam 4 petang tadi.

Trend situasi semasa banjir di negeri ini terus mencatat peningkatan dengan pertambahan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular