HomePendapatWakil Rakyat Umno Sabah Sokong Grs Tepat, Kata Penganalisis Politik

Wakil Rakyat Umno Sabah Sokong Grs Tepat, Kata Penganalisis Politik

Read Time:2 Minute, 36 Second

Oleh Dr Zakri

Perlantikan semula beberapa wakil rakyat UMNO Sabah dalam Kerajaan Perpaduan GRS Sabah oleh YAB Ketua Menteri DSP Hajiji menggambarkan halatuju Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Perpaduan di federal menampakkan titik-titik persamaan dan keserasian.

Selain daripada 5 wakil rakyat UMNO Sabah yang kekal sebagai Menteri penuh, terbaharu YB Andy Suryady turut dilantik semula dengan memainkan peranan lebih besar di Kementerian Pembangunan Perindustrian negeri Sabah.

Keputusan YB Andy Suryady bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan GRS sangat tepat pada masa dan keadaan selarang,  kerana ianya akan memberi kesan positif kepada rakyat khususnya di kawasan perindustrian OnG di Tg Batu serta kilang-kilang di kawasan Kalabakan.

Daripada aspek politik dan pentadbiran, sokongan YB Andy Suryady turut menyelamatkan ketua-ketua kampung dan JKKK di kawasan pentadbiran beliau di mana kita sedia maklum perlantikan mereka jika dirombak semula akan mengambil masa berbulan-bulan dan ianya memberi kesan buruk kepada penduduk kampung.

Tidak ada peliknya 5 wakil rakyat UMNO Sabah memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri termasuk terbaru YB Andy Suryady kerana di peringkat Federal, UMNO Sabah adalah pendokong utama Kerajaan Perpaduan DS Anwar Ibrahim.

Walaupun di peringkat Negeri, UMNO Sabah menolak Kepimpinan Hajiji secara peribadi tetapi Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri turut bersetuju dengan Perdana Menteri untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan GRS di bawah Hajiji.

Begitulah Politik Sabah, sejak zaman Tun Datu Mustapha, Fuad Stepehen, Harris Salleh dan Pairin Kitingan, politik Sabah sentiasa lain dan unik berbanding negeri-negeri lain.

Contohnya, pada hujung tahun 1980an, USNO (BN) berada dalam Kerajaan Federal bersama Tun Dr Mahathir, tetapi pada masa yang sama menjadi pembangkang di peringkat Negeri Sabah di bawah Kerajaan PBS(BN) Pairin Kitingan.

Jadi, apa yang berlaku di Sabah hari ini bukan baharu dan tidak pelik. Politik Sabah sentiasa transform dan versetiles.

Yang penting rakyat dan negeri Sabah berada di landasan yang tepat apabila Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim sedikit demi sedikit memberi kuasa penuh kepada Sabah dalam isu MA63.

Saya ucap Tahniah kepada 5 Wakil Rakyat UMNO Sabah yang terlebih dahulu bertindak bijak menyertai Kerajaan Perpaduan GRS dan kemudiannya diikuti oleh YB Andy Suryady.

Lihatlah sekarang, keputusan mereka menjadikan politik negeri Sabah kembali aman, perhatian dapat diberi semula kepada pembangunan negeri, dan ianya secara tidak langsung menjadikan UMNO Sabah mendapat nafas baharu dalam Kerajaan negeri Sabah.

Lihatlah kebijakan politik DS Anwar Ibrahim, bukan sahaja tidak merosakkan Kerajaan Perpaduan GRS, sebaliknya Anwar menggunakan seni politik untuk membawa masuk PH dan PKR Sabah dalam Kerajaan Perpaduan GRS. Itulah dia politik Madani, berjiwa besar dan berpolitik matang!

Sebaliknya, lihatlah parti Warisan, semakin hari semakin lemah, dan agak terlambat Warisan mahu menyertai Kerajaan Perpaduan GRS Sabah.

Dalam politik membuat keputusan yang cepat dan tepat sangat penting. PKR Sabah lebih cepat dalam hal ini dan mereka berjaya menikmati hasilnya.

Kalaulah UMNO Sabah hari ini tidak bersama dalam Kerajaan Perpaduan GRS, apakah UMNO Sabah semakin hanyut atau masih ada sisa-sisa taringnya?

Lihatlah di peringkat Federal, keputusan UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan Anwar menjadikan UMNO kembali bertaring dalam Kerajaan Pusat!

Kepada rakyat Sabah dan ahli-ahli UMNO Sabah, Fikir-fikirkanlah !


tulisan ini dikemukakan melalui email rasmi Sabahmedia dan Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian editorial Sabahmedia

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya