Banjir : Satu PPS di Paitan ditutup, jumlah mangsa terus menurun

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Sebuah pusat penempatan sementara (PPS) di daerah Paitan ditutup pagi ini menjadikan jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 1,664 mangsa daripada 651 Ketua Isi Rumah (KIR) setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, PPS yang ditutup itu adalah di Masjid Binsulung Paitan selepas paras air banjir mula stabil dan mangsa dibenarkan balik ke kediaman masing-masing.

“Setakat jam 8 pagi tadi, hanya tinggal sembilan buah PPS masih dibuka di tiga daerah yang terjejas.

“Antara daerah yang masih terjejas ialah Paitan; Pitas dan Lahad Datu,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Pada ketika ini, daerah Pitas kekal merekodkan angka mangsa tertinggi iaitu seramai 1,363 orang melibatkan 565 KIR dan telah ditempatkan di empat PPS yang disediakan.

Paitan pula merekodkan jumlah mangsa seramai 259 orang melibatkan 76 KIR dan telah ditempatkan di empat PPS yang disediakan.

Bagi Lahad Datu pula, seramai 42 mangsa melibatkan 10 KIR telah ditempatkan di sebuah PPS iaitu di Dewan Pusat Latihan Vokasional Lahad Datu.

Trend situasi semasa banjir di negeri ini terus mencatat penurunan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *