HomeUtamaSambutan perayaan pelbagai kaum akan terus diperkasa

Sambutan perayaan pelbagai kaum akan terus diperkasa

Read Time:1 Minute, 4 Second

PENAMPANG: Sambutan perayaan pelbagai kaum khususnya di daerah ini akan terus diperkasa dan tidak hanya tertumpu kepada satu kaum serta etnik sahaja.

Ahli Parlimen Penampang berkata, ia juga tidak hanya tertumpu kepada Pesta Kaamatan malah perayaan lain seperti Pesta Ang Pau serta perayaan kebudayaan yang lain.

“Ini penting agar masyarakat terutamanya golongan muda dan kanak-kanak dapat mempelajari kebudayaan kaum-kaum lain di Sabah bagi memupuk semangat perpaduan, keharmonian dan saling hormat-menghormati.

“Sebagai Wakil Rakyat Parlimen Penampang, saya akan memastikan peruntukan disediakan setiap tahun agar sambutan Pesta Angpau sempena Tahun Baru Cina dapat diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Ang Pau Penampang di Tamab Suria di sini semalam.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pihaknya juga mahu semua kepimpinan politik di daerah itu turut bersama-sama meraikan perayaan kebudayaan seperti Pesta Ang Pau.

Beliau turut menggesa rakyat Sabah untuk terus mempertahankan identiti kemajmukan kaum, budaya, bahasa dan agama serta sentiasa saling hormat-menghormati dan bersatu padu.

“Kalau ada ekstremis kaum dan agama yang cuba memainkan sentimen perkauman atau keagamaan di negara ini, maka kita sebagai rakyat Sabah perlu mempertahankan identiti kita selama ini dan harus terus menjadi teladan kemajmukan kaum, bahasa dan agama yang sentiasa bersatu padu, harmoni dan saling hormat-menghormati,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya