HomeIsu tempatanUMS lancar Pelan Strategik Digital 2023-2025

UMS lancar Pelan Strategik Digital 2023-2025

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Pelan Strategik Digital (PSD-UMS) 2023-2025 yang menekankan rangka kerja komprehensif ke arah memperkasa agenda pendigitalan universiti bagi tempoh tiga tahun bermula 2023 sehingga 2025.

Pelan tersebut sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Pengajian Tinggi 2021-2025 yang menekankan aspek ekosistem pembelajaran digital yang mampu meluaskan akses pendidikan serta meningkatkan kualiti pendidikan tinggi.

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, PSD-UMS 2023-2025 menggariskan lima teras utama yang meliputi Infrastruktur digital universiti yang mampan dan selamat; Perkhidmatan digital yang cerdas, inklusif dan bersepadu; Pemanfaatan data universiti yang holistik dan komprehensif; Tadbir urus yang tuntas, pantas dan lestari serta Pemerkasaan dan penyegeraan gaya hidup digital universiti.

“Pelan ini mula dibangunkan seawal tahun 2022 oleh Jawatankuasa Pembangunan PSD-UMS yang ahlinya terdiri daripada pakar ICT, pemegang taruh berkaitan dan pihak berkepentingan dalaman UMS.

“Perancangan dan penyelarasan pelaksanaan inisiatif digital ini amat penting dalam memastikan UMS berada pada landasan yang tepat dan terus bergerak seiringan dengan perkembangan teknologi revolusi industri 4.0 (IR4.0), selanjutnya memberi manfaat kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih mampan di masa akan datang,” ujarnya.

Kasim melancarkan pelan tersebut sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu dan 100 Hari Naib Canselor di Dewan Canselor UMS, baru-baru ini.

PSD-UMS 2023-2025 yang dibangunkan berlandaskan metodologi pembangunan yang disediakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) turut menyenaraikan 18 strategi, 47 program dan 168 inisiatif bagi menyokong lima teras utama sedia ada. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya