Kami kekal ahli Gabungan Rakyat Sabah – Armizan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Status kami kekal sebagai ahli kepada Gabungan Rakyat Sabah, kita ahli langsung kepada GRS, kata Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali.

“Kita ahli langsung kepada GRS dan kita tidak akan sertai parti baharu Gagasan Rakyat kerana undang-undang tidak membenarkan, jadi kita akan kekal sebagai ahli melalui keahlian langsung sebagaimana sebelum pilihan raya.

“Kita telahpun menjadi ahli secara langsung kepada ahli Gabungan Rakyat Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Konvensyen Mahasiswa GRS dan Pelancaran Sayap Pelajar GRS di Hotel Raia, di sini pada Ahad.

Menjawab soalan berkenaan pihak pemimpin BERSATU akan mencabar dan membawa kes ke mahkamah status keahlian empat ahli parlimen BERSATU Sabah keluar parti setelah pihak Dewan Rakyat memutuskan tidak ada keperluan mengosongkan kerusi ahli parlimen tersebut.

Armizan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) berkata, sekiranya ada pihak berkenaan yang tidak berpuas hati boleh mengajukan perkara itu ke platform yang lain.

“Sekiranya pihak-pihak yang berkenaan masih tidak puas hati, maka itu hak mereka untuk mengajukan perkara itu kepada platform yang lain.

“Kita serahkan kepada mahkamah untuk memutuskan, itu hak mereka walaupun Sepaker Dewan Rakyat telah membuat keputusan sebab di dalam Perlembagaan Persekutuan itu jelas bahawa hak dan keputusan itu kepada Speaker,” jelasnya.

Setakat ini, katanya, mereka belum menerima apa-apa notis mencabar status keahlian mereka di mahkamah.

Keempat-empat Ahli Parlimen berkenaan adalah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *