HomeUtamaMOSTI,KSTI jalin kerjasama laksana pelbagai program pastikan STIE dilaksanakan dengan baik

MOSTI,KSTI jalin kerjasama laksana pelbagai program pastikan STIE dilaksanakan dengan baik

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melaksanakan beberapa perancangan tahun ini bagi meningkatkan lagi kerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah.

Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi , Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia termasuklah dalam memastikan dasar Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di negeri ini akan dapat dilaksanakan dengan baik.

“Dalam pertemuan ini, kita telah menyampaikan hasrat agar dasar Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di peringkat Persekutuan dapat diterjemahkan dengan baik ke peringkat negeri khususnya di akar umbi.

“Selain itu juga ada beberapa perancangan daripada segi infrastuktur bagi meningkatkan lagi kerjasama dan kolaborasi antara kedua-dua Kementerian, selaku Timbalan Menteri MOSTI saya ingin melihat dasar STIE ini sampai ke peringkat negeri khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di sini semalam.

Arthur berkata, program-program yang dianjurkan oleh MOSTI pada tahun lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat terutama membantu mereka dalam mendapat peluang pekerjaan dan pengalaman dalam bidang sains dan inovasi.

Beliau turut berharap melalui pembentangan Belanjawan yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada 24 Februari ini, MOSTI akan mendapat peruntukan untuk meneruskan program- program seumpama.

Sementara itu Ariffin menyambut baik perancangan kerjasama daripada MOSTI yang bakal memberi manfaat besar kepada rakyat Sabah terutama perancangan membina Pusat Sains Negara di Sabah.

“Banyak cadangan dan pandangan yg sangat baik untuk Sabah khususnya berkenaan prasarana Sains ini dan kita juga bekerjasama dalam memasyarakatkan Sains dan Inovasi agar ia disukai, dicintai selain tidak dianggap susah oleh murid sekolah,” katanya. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Negeri sokong penuh pindaan Ordinan Buruh Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya