HomeIsu tempatan'Street Dance' 2023 tawar hadiah lumayan

‘Street Dance’ 2023 tawar hadiah lumayan

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Pertandingan tarian ‘street dance’ akan kembali diadakan seterusnya bakal menghiburkan pengunjung yang hadir di pusat membeli belah Centre Point Sabah Sabtu ini.

Centre Point Sabah dalam satu kenyataan berkata, pertandingan itu akan diadakan di Tingkat 4, Palm Square pusat beli belah berkenaan bermula pada 6 petang.

“Penari berkumpulan terdiri daripada tiga sehingga 15 peserta dialu-alukan untuk mengambil bahagian dan pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 serta hadiah berbentuk barangan.

“Tujuan utama pertandingan adalah untuk menyediakan platform dan sebagai hab bagi mengumpulkan semua peminat tarian khususnya dalam ‘Street Dance’ selain peluang untuk mengasah bakat masing-masing,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa kategori bagi pertandingan itu ialah Open Crew Showcase, di mana ia menggalakkan para peserta mempamerkan gerakan tarian kreatif mereka yang unik atau penggabungan pelbagai genre tarian.

Tambah kenyataan itu lagi, orang ramai juga akan dihiburkan dengan penampilan istimewa oleh Monkey Beat Entertainment yang terdiri daripada set DJ dan persembahan tarian oleh kumpulan dari Kuching Sarawak-KinAte Fam yang juga merupakan juri pertandingan tersebut.

Selain itu, orang ramai juga boleh melibatkan diri dalam cabaran tarian TikTok dan memenangi hadiah barangan rasmi pertandingan itu.

Pendaftaran pertandingan masih dibuka sehingga esok manakala Yuran pendaftaran hanya RM100 setiap kumpulan.

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan boleh mendaftarkan krew masing-masing menggunakan pautan Borang Google yang disediakan di Laman Facebook dan Instagram rasmi untuk Centre Point Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya