Banjir: Tujuh sekolah masih terjejas banjir

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Hanya tinggal dua daerah melibatkan 1,355 murid dan pelajar di tujuh buah sekolah di negeri ini dilaporkan masih terjejas akibat bencana banjir yang berlaku di Sabah.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan berkata, daripada tujuh sekolah terlibat, hanya satu sekolah dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir.

“Selain murid, turut terjejas adalah guru seramai 137 orang manakala daerah yang masih terjejas ialah Beluran dan Beaufort.

“Di Beluran, sebanyak dua sekolah terjejas akibat banjir manakala sebuah lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol dijadikan sebagai PPS bagi menempatkan mangsa terjejas banjir.

“Bagi daerah Beaufort pula, sebanyak empat buah sekolah turut terjejas banjir antaranya ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Jabang; SK Bangkalalak; SK Suasa dan SK Lago,” katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Trend situasi banjir di Sabah setakat jam 8 pagi tadi menunjukkan sedikit peningkatan – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *