Tangan kanak-kanak tersekat dalam kotak pembesar suara

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan berdepan dengan detik cemas apabila tangan kanannya tersekat dalam kotak pembesar suara (speaker) dalam satu kejadian di Taman Kinamaun Lorong Pelanduk dekat sini semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 3.41 semalam (31 Jan).

Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan tangan mangsa kanak-kanak perempuan yang tersekat dalam kotak pembesar suara. -Foto ihsan JBPM Sabah

“Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu diketuai Komander Operasi PBK II Idy Nirawan Ilyas tiba di lokasi berkenaan melaporkan berlaku insiden melibatkan tangan kanan seorang kanak-kanak perempuan telah tersekat dalam kotak pembesar suara (speaker) .

“Pasukan Bomba bertindak dan berjaya mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Seterusnya mangsa diberi rawatan awal oleh Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun menurut kenyataan PGO JBPM maklumat lanjut mangsa tidak diperolehi dan operasi ditamatkan pada jam 4.00 petang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *