Puspanita KUSKOP berkunjung hormat kepada penaung baharu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:26 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengadakan kunjungan hormat kepada penaung baharu, Datin Connie Parantis.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengerusinya Nora Mohd Ali bersama ahli-ahli jawatankuasa PCKUSKOP.

Turut sama hadir ialah Penasihat Dato Sri Suriani Dato Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP.

Dalam kunjungan tersebut, Datin Connie dimaklumkan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Beliau turut menyatakan komitmen dan sokongan padu ke atas PCKUSKOP termasuk menghadiri aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kelak. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *