HomeIsu tempatanBanjir : Situasi banjir mula stabil, satu PPS ditutup

Banjir : Situasi banjir mula stabil, satu PPS ditutup

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU : Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas telah ditutup tengah hari tadi selepas paras air mula stabil menjadikan jumlah mangsa terjejas banjir menurun kepada 738 mangsa setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata, PPS yang ditutup di Pitas adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 2 yang sebelum ini menempatkan seramai 968 mangsa.

“Jumlah mangsa yang terjejas banjir itu adalah melibatkan sebanyak 212 Ketua Isi Rumah (KIR) yang ditempatkan di 13 buah PPS.

“Sehingga kini juga, sebanyak empat daerah masih terjejas banjir antaranya di Paitan; Pitas; Lahad Datu dan Telupid,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Daerah Telupid menjadi daerah terbaharu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 400 mangsa melibatkan 113 KIR.

“Sebanyak lapan PPS telah dibuka di Telupid setakat ini manakala di Paitan, sebanyak tiga PPS dan di Pitas serta Lahad Datu masing-masing hanya satu PPS dibuka,” katanya.

Trend situasi semasa banjir di negeri ini kembali mencatat peningkatan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya