HomeUtamaKerjasama Kerajaan Negeri dan Teraju jayakan program pembangunan Bumiputera di Sabah

Kerjasama Kerajaan Negeri dan Teraju jayakan program pembangunan Bumiputera di Sabah

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Unit Pemandu Agenda Bumiputera (Teraju) bagi menjayakan program pembangunan Bumiputera dan inisiatif di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi Teraju yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Md Silmi Abd Rahman di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Semasa mesyuarat itu, Md Silmi memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030), pelan hala tuju 10 tahun yang menggariskan strategi dengan nyata dan program inisiatif pembangunan terperinci untuk memberikan impak yang boleh diukur untuk Bumiputera.

TPB2030 adalah kesinambungan dasar dan rancangan Bumiputera terdahulu dengan tujuan memperkasakan ekonomi Bumiputera bagi memastikan kemampanan dan kesaksamaan, selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) supaya tidak ada Bumiputera yang ketinggalan.

Rombongan turut dihadiri Pengarah Samsulkamar Mohamad Ali, Pengarah Bersekutu Noorezly Aimy Mohd Noor dan Muhammad Hilmi Abd Adzis serta Ketua Program Sabah, Md Redzuan Rahman.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya