HomeUtamaBanjir : 3,189 murid, pelajar terjejas di Sabah

Banjir : 3,189 murid, pelajar terjejas di Sabah

Read Time:1 Minute, 10 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Seramai 3,189 murid dan pelajar di Sabah dilaporkan terjejas akibat banjir yang melibatkan 16 buah sekolah di tiga buah daerah di negeri ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Abidin Marjan berkata, turut terjejas akibat banjir adalah guru seramai 326 orang.

Katanya, daerah Beaufort merekodkan jumlah sekolah yang banyak terjejas banjir iaitu sebanyak 12 buah sekolah diikuti Beluran sebanyak tiga buah sekolah dan Tenom hanya sekolah terjejas.

“Antara sekolah yang terjejas banjir di Beaufort adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Jabang; SK Bangkalalak; SK Suasa; SK Lago; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lian Hwa; SK Lembah Poring; Sekolah Menengah (SM) St John dan SK Garama.

“Turut terjejas di Beaufort ialah SK Mempagar; SK Kabajang; SK Pekan Membakut dan SK Lupak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abidin berkata, beberapa buah sekolah di Beaufortt ditutup selepas beberapa laluan dan kawasan sekolah dinaiki air selalu bangunan sekolah berada dikawasan rendah.

Katanya, bagi daerah Beluran, antara sekolah yang terjejas adalah di SK Sualok; SK Pantai Boring dan Sekolah Menengaj Kebangsaan (SMK) Pamol yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir.

“Bagaimanapun sekolah di SMK Pamol kekal beroperasi kerana hanya dewan sekolah sahaja digunakan sebagai PPS mangsa banjir.

“Bagi daerah Tenom, hanya sebuah sekolah terjejas iaitu SK Kalng Kanar,” katanya.

Trend situasi banjir di Sabah setakat jam 12 tengah hari tadi menunjukkan sedikit penurunan – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya