HomeUtamaKerajaan komited merangka pelbagai tindakan untuk menstabilkan bekalan makanan di negeri ini...

Kerajaan komited merangka pelbagai tindakan untuk menstabilkan bekalan makanan di negeri ini – Jeffrey

Read Time:2 Minute, 2 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah melalui Jawatankuasa Pasukan Petugas (Task Force) Jaminan Makanan (Food Security) komited dalam merangka
tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menstabilkan bekalan makanan di negeri ini.

Menterinya yang juga Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, sebagai kementerian yang bertanggungjawab memastikan kelestarian makanan, kementerian telah mengambil inisiatif mencadangkan kepada Kabinet Negeri untuk menubuhkan dua jawatankuasa jaminan makanan Negeri Sabah yang telahpun diluluskan pada tahun 2022.

“Jawatankuasa tersebut iaitu Jawatankuasa Kabinet Jaminan Makanan (Food Security)
Negeri Sabah; dan Jawatankuasa Pasukan Petugas (Task Force) Jaminan Makanan (Food Security) Negeri Sabah.

“Jawatankuasa Pasukan Petugas (Task Force) Jaminan Makanan (Food Security) ini adalah diurus setiakan oleh Kementerian ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Amanat Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Tahun 2023 di Wisma Pertanian di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kemasukan pelancong terutamanya dari negara China yang gemar memakan makanan laut, Jeffrey berkata, pihaknya akan berusaha untuk memastikan stok makanan laut sentiasa mencukupi.

“Kita bernasib baik kerana produk makanan laut kita adalah kekuatan kita dan pada masa ini kita mampu mengeluarkan hasil produk 100 peratus dan ia boleh menjadi lebih baik dari itu.

“Jadi, kita tunggu pelancong masuk, dan juga dengan keadaan ekonomi kita sekarang yang aktif, saya percaya kita boleh memenuhi keperluan makanan pelancong kita terutamanya makanan laut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, antara langkah untuk menggalakkan pengusaha industri makanan laut ini lebih banyak menghasilkan produk iaitu dengan menangguhkan untuk mengena cukai terhadap mereka.

“Untuk menggalakkan industri tersebut berkembang, kami telah berbincang dengan pengusaha industri untuk menghasilkan lebih banyak produk makanan laut dan mereka sebenarnya telah meminta kerajaan untuk tidak mengenakan cukai lagi kerana ia salah satu isu.

“Jadi, ia adalah satu perkara yang positif dan saya fikir kita harus menangguhkannya sehingga mereka bersedia sepenuhnya. Mungkin dalam masa 6 ke 12 bulan,” jelasnya.

Terdahulu dalam amanatnya, Jeffrey berkata, pada 29 Mac 2023 yang akan datang ini, akan genaplah tempoh dua tahun pelaksanaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Sebanyak 137 inisiatif telah digariskan untuk dilaksanakan dalam sektor pertanian. Tahun 2021 mencatatkan purata pencapaian 92% bagi prestasi keseluruhan Kementerian Pertanian dan Perikanan,” katanya.

Beliau berharap kementeriannya akan terus berada dalam kapasiti yang lebih baik untuk bergerak ke hadapan.

“Bukan sahaja kerana kita kini dapat bergerak lebih aktif daripada sebelumnya kerana pandemik COVID-19 tetapi juga kerana kita mempunyai lebih ramai pelabur yang masuk, malah semua agensi kami dapat beroperasi dengan baik selepas wabak,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya