HomeUtamaTuaran tuan rumah pelancaran sambutan Pesta Kaamatan negeri Sabah 2023

Tuaran tuan rumah pelancaran sambutan Pesta Kaamatan negeri Sabah 2023

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Pelancaran sambutan perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah pada tahun ini akan diadakan di daerah Tuaran.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, sambutan perayaan pada tahun ini adalah bertemakan ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan’.

“Pada hari ini kita telah selesai mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 di mana kita telah mencapai beberapa keputusan.

“Antaranya kita telah membuat keputusan mengenai penugasan jawatankuasa-jawatankuasa dan seterusnya kita memilih Tuaran sebagai daerah pelancaran pada kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023, di Wisma Pertanian Sabah, di sini hari ini.

Jeffrey yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan berkata, sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini akan diadakan secara terbuka dan secara atas talian.

Katanya, ia adalah bagi memastikan penyertaan daripada rakyat khususnya masyarakat Sabah yang berada di luar negara.

“Menerusi kaedah ini ianya sudah pasti akan dapat mampu mempromosikan sektor pelancongan dan pelaburan di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya