HomeUtamaBeri peluang kedua kepada bekas banduan - Jin Zhe

Beri peluang kedua kepada bekas banduan – Jin Zhe

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Bekas banduan perlu diberi peluang kedua untuk kembali kepada masyarakat agar dapat mengurangkan kadar pengulangan jenayah.

Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Phoong Jin Zhe berkata, keberkesanan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia terutamanya di Sabah membuahkan hasil yang baik dalam membantu bekas banduan.

“Semenjak sistem parol diperkenalkan sejak awal tahun 2008, Jabatan Penjara Malaysia telah melepaskan lebih kurang seramai 4,181 Orang Yang Diparol (ODP) daripada tembok penjara ke dalam komuniti.

“Selain itu, kolaborasi Jabatan Penjara bersama syarikat korporat dan majikan dalam PDK mampu memberi peluang pekerjaan dan sumber pendapatan yang tetap dalam membantu bekas banduan menjalani kehidupan yang lebih terurus dan terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Karnival Kerjaya Orang yang Diparol (ODP), Orang Bebas Berlesen (OBB) dan Orang Yang Diselia (ODS) Bersama Majikan Melalui Program Corporate Smart Intership (CSI) di Dewan Mini Penjara Pusat Kota kinabalu di sini semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (1) Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah, Benedick Bisoni.

Jin Zhe berkata, program seperti itu akan dapat memberi peluang kepada anak bangsa untuk kembali ke pangkal jalan dan membina kehidupan baru sebagai insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

“Sekiranya banduan tersebut tidak diberi peluang pekerjaan atau mendapat peluang menjalani Perintah Parol dan hanya menghabiskan tempoh hukumannya dalam penjara sahaja, kita tentu akan kerugian tenaga dan masa orang banduan tersebut yang jelas berpotensi untuk turut bersama membangunkan ekonomi negara,” katanya.

Di samping itu, beliau menyeru kepada masyarakat untuk memberi sokongan kepada Jabatan Penjara Malaysia demi membantu anak bangsa seterusnya dapat mengurangkan salah laku jenayah di Sabah.

Dalam ucapannya, Phoong turut menjelaskan terdapat 20 syarikat yang telah berkolabrasi dengan Jabatan Penjara di bawah Program CSI, beliau mengharapkan agar jumlah penglibatan majikan atau syarikat korporat di dalam Program CSI akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya