HomeUtamaTun Juhar pulang ke tanah air selepas selesai mengerjakan Umrah

Tun Juhar pulang ke tanah air selepas selesai mengerjakan Umrah

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang selesai mengerjakan ibadah umrah, tiba di ibu negeri pada jam 1.30 petang tadi.

Beliau dan rombongan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada jam 7 malam Jumaat, tiba di tanah air pada jam 8.35 pagi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Hadir menyambut keberangkatan pulang Tun Juhar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Saifulzaman Sangul serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Pada sambutan itu, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar turut memimpin bacaan doa sempena keberangkatan pulang Tun Juhar dan rombongan.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya