HomeUtamaMasiung Banah sah sebagai Naib Presiden PGRS

Masiung Banah sah sebagai Naib Presiden PGRS

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: “Jangan dengar khabar angin bos… kepercayaan Ketua Menteri kepada saya dalam PGRS harus digalas dengan penuh amanah, ” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Masiung berkata demikian selepas wujud spekulasi kononnya beliau enggan menerima jawatan tertinggi parti tempatan pimpinan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Seri Hajiji Noor, walaupun nama beliau telah disenaraikan bersama dua lagi penyandang jawatan Naib Presiden PGRS.

“Kali ini saya bukan lagi wakil Bebas. Saya sudah sah menerima jawatan Naib Presiden PGRS, saya tidak akan menoleh kiri dan kanan lagi, cukuplah jadi buruan parti-parti politik selama tiga tahun,” katanya ketika ditemui pemberita semalam, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, selepas mengetuai rombongan pegawai kerajaan dan pemimpin tempatan Tongod dalam lawatan enam hari di Manila.

Menurut Masiung, beliau tidak mengetahui spekulasi tersebut kerana berada di luar negara hampir seminggu.

Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut selama lima panggal itu berazam memainkan peranan aktif membantu pucuk pimpinan parti tempatan itu di peringkat domestik dan nasional.

“ Saya merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri yang juga Presiden PGRS kerana membawa saya dalam wadah perjuangan baharu.

“ Saya berazam melakukan yang terbaik membantu presiden dan kepimpinan tertinggi untuk memperkasakan parti, “ katanya.

Masiung turut berterima kasih kepada warga Kuamut yang sentiasa menyokong dan turut memberi peluang kepadanya menentukan hala tuju politik.

“Sebaik sahaja mendapat arahan, kita akan memperluaskan sayap PGRS di semua peringkat berdasarkan perlembagaan parti,” katanya.

Pemimpin berusia 51 tahun itu mengejutkan politik Sabah apabila memenangi DUN Kuamut atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Negeri ke-14 (PRN-14).

Masiung kemudianya menjadi Wakil Rakyat Bebas mesra Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum dilantik Pengerusi GRS parlimen Kinabatangan pada Julai 2022.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bertaraf menteri itu pernah ditawarkan beberapa jawatan tertinggi parti-parti tempatan dan nasional, namun menolak untuk kekal sebagai anggota Bebas sehingga dilantik menduduki kerusi Naib Presiden PGRS oleh Ketua Menteri Sabah minggu lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya