HomeEkonomiKUSKOP perkasa usahawan PMKS wanita melalui agensinya

KUSKOP perkasa usahawan PMKS wanita melalui agensinya

Read Time:2 Minute, 4 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah mengambil tindakan dalam memperkasakan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) wanita merangkumi golongan suri rumah sepenuh masa serta kelompok wanita di luar bandar melalui agensi-agensi di bawah kementerian ini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, agensi-agensi itu ialah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN Nasional, UDA Holdings, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank Rakyat.

“AIM telah menyediakan skim pembiayaan kepada usahawan wanita (Sahabat Usahawan AIM) melalui Skim Pembiayaan Ekonomi dan Skim Pembiayaan Sosial.

“Pada tahun 2022, sebanyak 292,998 usahawan wanita telah menerima pembiayaan dengan nilai peruntukan sebanyak RM2.74 bilion.

“Manakala Tekun Nasional pula melaksanakan Program TEKUNNita bertujuan membantu usahawan wanita mendapatkan pembiayaan berkumpulan dengan mudah, cepat dan cekap untuk tujuan perniagaan.

“Pada tahun 2022, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan yang melibatkan 1,264 usahawan wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dato’ Sri Doris Sophia Anak Brodi (Sri Aman) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ewon berkata, UDA Holdings juga telah memperkenalkan Program UDA Bizznita (Promo Space & Fashion Street) bagi membantu usahawan PMKS wanita pada tahun 2022.

“Program ini menyediakan platform bersesuaian untuk jangka pendek atau panjang agar usahawan-usahawan berkenaan terus kekal berada di pasaran.

“Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 256 usahawan wanita menerima manfaat program dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM613,304,” katanya.

Selain itu katanya, Program Pemerkasaan Usahawan Wanita (PUAN) yang dilaksanakan oleh INSKEN, bertujuan memperkasakan usahawan wanita B40 yang menjalankan perniagaan dalam sektor makanan dan minuman ke arah pendigitalan melalui pemberian latihan dan geran perniagaan.

Katanya, sehingga 31 Disember 2022, program itu berjaya memberi manfaat kepada 119 usahawan wanita melibatkan peruntukan berjumlah RM950,000.

Beliau berkata, Program Pembiayaan dan Latihan di bawah Bank Rakyat juga menawarkan pembiayaan dan pemberian latihan serta bimbingan kepada usahawan wanita.

“Sehingga 31 Disember 2022, program pembayaan di bawah Bank Rakyat telah memberi manfaat kepada 2,671 usahawan wanita dengan pembiayaan berjumlah RM279.1 juta.

“Sebanyak 2,970 usahawan wanita pula telah mengikuti program latihan dan bimbingan merangkumi kursus asas keusahawanan,” katanya.

Ewon berkata, kmenterian telah melaksanakan sesi libat urus bersama pemain-pemain sektor PMKS termasuk persatuan-persatuan usahawan wanita bagi menyalurkan maklumat berkaitan bantuan dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan dalam membantu memperkasa usahawan sedia ada dan juga bakal usahawan.

“Ssecara keseluruhannya, KUSKOP dan agensi di bawahnya komited untuk menyediakan program-program bantuan dan intervensi bersasar dalam meningkatkan keupayaan dan kemahiran keusahawanan kepada usahawan wanita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya