HomeIsu tempatanLawatan Takashi Erat Hubungan Jepun,UMS

Lawatan Takashi Erat Hubungan Jepun,UMS

Read Time:1 Minute, 34 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Kehadiran Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko yang  meluangkan masa melawat Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini merupakan manifestasi hubungan erat antara Jepun dan UMS.

Lawatan peribadi beliau bersama isteri ke Masjid UMS yang turut dikenali sebagai ‘The Pink Mosque’ disambut oleh Pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global (PPPG), Profesor Madya Dr Wardatul Akmam Din.

Menurut Wardatul, hubungan akrab kerajaan Jepun dengan UMS telah terjalin sejak sekian lama menerusi pelbagai kerjasama yang dimeterai antara agensi dan universiti di Jepun bersama UMS.

“Sejak tahun 2019 sejumlah 20 universiti di Jepun telah menandatangani beberapa perjanjian surat niat (LoI) dan perjanjian persefahaman (MoU) dalam bidang akademik bersama UMS.

“Kerjasama tersebut antaranya berkaitan mobiliti pelajar dan aktiviti penyelidikan yang melibatkan pemberian dana kepada penyelidik UMS, serta mobiliti staf,” katanya.

Tambah beliau infrastruktur yang disediakan oleh UMS khususnya dalam bidang marin telah berjaya menarik minat Kindai University yang menyaksikan satu kolaborasi bersama universiti tersebut telah dimeterai.

“Terbaru, satu hubungan kerjasama strategik turut ditandatangani dalam bidang sains sosial antara UMS dengan Nagasaki University yang melibatkan mobiliti ahli akademik dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

“ UMS sentiasa berusaha membentuk kerjasama strategik dengan rakan universiti luar negara dalam mempromosi UMS sebagai hab pendidikan khususnya di rantau Borneo.

“Dengan kepelbagaian flora dan fauna serta mempunyai budaya unik yang dihuni lebih daripada 40 suku kaum di negeri Sabah, ini antara tarikan semula jadi yang boleh ditawarkan oleh UMS kepada para penyelidik serta pelajar yang ingin merasai pengalaman baharu,” katanya.

Wardatul turut memaklumkan, sehingga 2022 seramai sembilan orang pelajar Jepun telah berdaftar dan bergraduat, manakala lebih 100 orang telah mengikuti program mobiliti akademik dan edutourism yang ditawarkan oleh UMS.

“Kita  akan sentiasa membuka ruang dan peluang bagi mempertingkatkan jumlah pelajar mobiliti dari Jepun”, ujar beliau.

Pada sesi lawatan tersebut, Takahashi turut mengadakan lawatan ke Hatceri, Institut Penyelidikan Marin Borneo. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

QSB terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular