HomeSukanPemain perlu lebih fokus, serius dalam setiap aksi perlawanan - Kim Swee

Pemain perlu lebih fokus, serius dalam setiap aksi perlawanan – Kim Swee

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu: Pemain Sabah FC diingatkan untuk lebih fokus dan serius dalam setiap perlawanan aksi Liga Super 2023 yang akan bermula Sabtu ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, para pemain juga diingatkan untuk tidak mengambil mudah dengan pasukan lawan meskipun bermain di gelanggang sendiri.

“Kita harus fokus pada strategi perlawanan, sudah tentu kita ingin bermula dengan baik tetapi kita tidak boleh terlalu yakin dimana akan menjadi sebaliknya.

“Apa yang penting, pemain harus mengambil setiap perlawanan dengan serius, tidak kira pasukan mana kita akan main,” katanya ketika di temui pada sesi latihan Sabah FC di sini hari ini.

Kim Swee berkata, pasukannya telah bersedia untuk mengharungi musim yang panjang dan percaya para pemain serta pasukan akan bertambah baik selepas bermain beberapa perlawanan dalam saingan liga musim ini.

“Justeru kita tidak boleh mengambil mudah dengan pasukan mana sekali pun kita bermain walaupun bermain di tempat sendiri,”katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kehadiran beberapa pemain import baharu, Kim Swee berkata, ia dapat memberi banyak pilihan pemain dalam skuad The Rhinos musim ini.

“Kita menambah baik semua aspek yang kita perlukan ada adanya pemain-pemain import yang baharu termasuk penambahan, ini pasti akan memberi banyak pilihan kepada pasukan kita.

“Seperti saya katakan untuk menilai mereka, kita harus lihat dalam saingan Liga Super dalam beberapa perlawanan sebelum memutuskan sama ada akan membantu atau tidak pasukan Sabah FC,” katanya.

Sabah FC kini dibarisi tujuh pemain import dengan lima daripadanya adalah pemain baharu, masing-masing dua dari Brazil iaitu Gabriel Peres dan Jailton Paraiba, Telmo Castanheira (Portugal), Jacob Njoku (Nigeria) dan Min Ko Kwang (Korea Selatan).

Dua pemain import sedia ada yang dikekalkan sejak musim lalu ialah Saddil Ramdani dari Indonesia dan Park Taesu dari Korea Selatan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya