HomeUtamaBelanjawan 2023 : 380 sekolah daif di Sabah, Sarawak akan dinaik taraf

Belanjawan 2023 : 380 sekolah daif di Sabah, Sarawak akan dinaik taraf

Read Time:1 Minute, 47 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur: Sebanyak 380 buah sekolah yang daif khususnya di Sabah dan Sarawak akan dinaik taraf menerusi Belanjawan 2023.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek menaik taraf bangunan serta infrastuktur sekolahyang terlibat akan dilaksanakan melalui kaedah perolehan khas untuk disegerakan.

Katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM 55.2 bilion berbanding RM 52.6 bilion pada tahun lalu.

“Sejumlah RM 2.3 bilion disediakan untuk memastikan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah buat anak-anak.

“Ini meliputi naik taraf bangunan serta infrastruktur di 380 buah sekolah yang daif khususnya di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas untuk kesegeraan.

“Peruntukan turut melibatkan kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah seperti pembaikan tandas, pendawaian dan saliran sekolah serta menggantikan perabot dan peralatan asrama dan kelas yang telah uzur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sekolah yang mempunyai murid berkeperluan khas akan dilengkapkan dengan kemudahan mesra orang kelainan upaya (OKU).

Katanya, Kerajaan juga akan membina dewan terbuka bagi menyediakan keselesaan untuk anak-anak berhimpun.

“Sebanyak tujuh sekolah baharu akan dibina dengan kos sebanyak RM560 juta termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Dusun di Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Denai Alam di Selangor, SMK Nabalu di Sabah dan SMK Dudong di Sarawak.

“Bagi menampung kos menyediakan makanan berkhasiat kepada murid-murid, kadar makanan bermasak bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah ditambah daripada RM625 juta kepada RM777 juta tahun ini yang memanfaatkan 700,000 murid.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebagai tambahan, peruntukan untuk Program Makanan Prasekolah KPM ditingkatkan daripada RM 89 juta kepada RM108 juta bagi memberi manfaat kepada lebih 240,000 murid prasekolah KPM.

“Pemantauan akan dibuat kepada penyedia makanan untuk pastikan makanan disediakan adalah berkualiti dan berkhasiat.

“Peranan Guru adalah penting dalam mendidik dan memanusiakan anak-anak. Selari dengan arus pemodenan, keperluan pengajaran dan pembelajaran guru perlu segera beradaptasi dengan teknologi digital.

“Maka, bagi tahun 2023, Kerajaan akan membekalkan sekolah dan institusi pendidikan KPM dengan 50,000 ribu komputer riba,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya