HomeUtamaBelanjawan 2023 : Elaun khas diberikan kepada semua pasukan SAR dalam misi...

Belanjawan 2023 : Elaun khas diberikan kepada semua pasukan SAR dalam misi di Turkiye, Syria

Read Time:1 Minute, 10 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur : Kerajaan bersetuju untuk memberi elaun khas RM100 sehari kepada semua ahli pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang terlibat di dalam misi di Turkiye dan Syria.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, elaun ini adalah sebagai tanda penghargaan Kerajaan ke atas jasa besar yang diberikan atas nama kemanusiaan.

“Lanjutan daripada sesi Penerangan Perdana Menteri di Parlimen usai lawatan saya ke Turkiye, Kerajaan bersetuju untuk memberi elaun khas RM100 sehari kepada semua ahli pasukan mencari dan penyelamat negara yang terlibat di dalam misi di Turkiye dan Syria.

“Elaun ini adalah sebagai tanda penghargaan Kerajaan ke atas jasa besar yang diberikan atas nama kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan berhasrat untuk meneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sehingga 50 peratus iaitu maksimum 90 hari.

Katanya, ini susulan kenaikan kadar maksimum GCR daripada 160 kepada 180 hari dan diharap akan dapat membantu penjawat awam yang memerlukan.

“Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Selain itu, RM 350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan. Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada bulan April 2023,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya