HomeIsu tempatanZunaidi, Dayang Saliha wakili Pantai Barat Selatan ke MTHQ negeri

Zunaidi, Dayang Saliha wakili Pantai Barat Selatan ke MTHQ negeri

Read Time:1 Minute, 10 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Putatan: Qari mewakili Bandaraya Kota Kinabalu, Zunaidi @ Adi Misdaranai dan Qariah yang mewakili Putatan, Dayang Saliha Pengiran Salleh akan berentap dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQ) Peringkat Negeri 1444H/2023M.

Zunaidi dan Dayang Saleha masing-masing meraih kejuaraan pada MTHQ Peringkat Pantai Barat Selatan 2023 yang berlangsung di Dewan Sri Putatan, di sini malam tadi.

Mereka dijangka akan memberi saingan kepada 12 peserta lain dari enam bahagian di Dewan Saadah Wisma MUIS, Khamis depan.

Zunaidi yang membacakan Surah An-Nisaa ayat ke-98 dengan tarannum Jiharkah dan Hijaz berjaya memperolehi markah terkumpul sebanyak 88 peratus, manakala Dayang Saliha memperolehi markah 90 peratus dengan tarannum Hijaz dan Nahawand melalui Surah Ali Imran ayat ke-29.

Sementara itu, naib johan disandang qari, Nashraf Ideen Nahar (Putatan) dan qariah, Faridah Awang Tangah (Papar), diikuti qari, Jalaim Jalumin (Tuaran) dan qariah, Nurafiqah Mohamad (Kota Kinabalu) di tempat ketiga.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam dan isteri, Datin Nursiah Santri yang mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Saifulzaman Sangul, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Ali, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Ahmad Helmi Mohd Taib serta Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Daerah Putatan, Aisah Ohdin.

RELATED ARTICLES
Utama

Bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular