HomeUtamaLelaki ditemui mati lemas, buat kerja pemasangan perencah di bahagian bawah jeti

Lelaki ditemui mati lemas, buat kerja pemasangan perencah di bahagian bawah jeti

Read Time:1 Minute, 49 Second

LABUAN: Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas disedari hilang semasa membuat kerja-kerja pemasangan perencah di bahagian bawah jeti Terminal Shell Timur Sdn Bhd, Jalan Tg. Purun dekat sini tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah WP Labuan, Superintendan (Supt) Ahmad Jawila berkata, pihaknya menerima maklumat 12.45 tengahari tadi tentang kejadian seorang lelaki berumur 27 tahun telah hilang di lokasi tersebut.

Pasukan Bomba semasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang di lokasi kejadian. – Foto ihsan IPD WP Labuan.

Katanya, menurut maklumat awal sebelum kejadian berlaku, padan jam 6 pagi tadi (5 Mac) mangsa bersama sepuluh orang rakan sekerja Syarikat Traju Pro Sdn Bhd telah sampai ke jeti tersebut untuk membuat kerja-kerja pemasangan perencah di bahagian bawah jeti.

“Pada jam lebih kurang 11.35 pagi, semasa mangsa bersama empat orang rakannya membuat kerja pemasangan perencah di bawah jeti, rakan mangsa telah dapati bahawa mangsa tiada di tempat tersebut secara tiba-tiba dan hanya melihat topi keledar keselamatan milik mangsa terapung di atas air laut di bawah jeti tersebut. Rakan mangsa telah cuba untuk mencarinya di kawasan sekitar namun gagal menemui mangsa.

“Seterusnya, rakan mangsa kemudiannya telah naik ke atas jeti dan telah membunyikan siren kecemasan yang terletak di jeti tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, pihak polis IPD Labuan telah menerima makluman berkaitan kejadian tersebut dan KPB Labuan bersama anggota serta Pasukan Polis Marin datang di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

Pegawai perubatan daripada Hospital Labuan sedang memeriksa keadaan mangsa yang telah ditemui di lokasi kejadian. – Foto ihsan IPD WP Labuan.

“Pada jam lebih kurang 1.21 petang tadi, penyelam daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan telah berjaya menjumpai mayat mangsa di dasar laut di bawah jeti tersebut.

“Mangsa dikenali sebagai Zamri Lamusing telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Hospital Labuan dan mayat mangsa telah dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Labuan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut Ahmad, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) W.P Labuan ditalian 087-412222,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat lelaki warga Sweden ditemui dalam kapal pelayaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular