HomeEkonomiEkspo Antarabangsa Sabah muncul semula September ini

Ekspo Antarabangsa Sabah muncul semula September ini

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Ekspo Antarabangsa Sabah (SIE) bersedia untuk membuat kemunculan semula tahun ini berikutan kejayaan sembilan SIE pra-pandemik sebelum ini.

Kali terakhir diadakan pada 2016, SIE ialah acara dwi-tahunan yang diluluskan Kerajaan Sabah anjuran bersama Persekutuan Industri Sabah (FSI), Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) cawangan Sabah dan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan. Ia juga disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor diberi taklimat mengenai acara tiga hari yang dijadualkan pada September tahun ini oleh pengerusi penganjur bersama yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) Sabah, Datuk Lee Swi Heng di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini hari ini.

SIE2023 akan bermula dengan Ceramah Makan Tengah Hari Perniagaan Antarabangsa pada 21 September di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Hajiji diberitahu bahawa sembilan SIE yang lalu telah menarik penyertaan daripada lebih 50 negara yang menarik kira-kira 326,125 pelawat dan menjana lebih RM440 juta dalam jualan dan tempahan masa hadapan.

Ketua Menteri dijangka merasmikan pembukaan SIE2023 dengan 300 gerai mempamerkan produk dan perkhidmatan daripada pertanian, pelancongan, industri,
teknologi hijau dan sektor minyak dan gas.

Hadir sama Presiden FSI dan pengerusi penganjur bersama Richard Lim, pengerusi terdahulu MICCI Sabah Datuk Seri Wong Khen Thau dan ahli jawatankuasa penganjur.

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular