HomeUtamaBank Islam serah zakat perniagaan kepada MUIS

Bank Islam serah zakat perniagaan kepada MUIS

Read Time:39 Second

Kota Kinabalu : Bank Islam Malaysia Berhad semalam menyerahkan zakat perniagaan tahun 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sebanyak RM320,000.

Zakat itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Berhad, Mohd Muazzam Mohamed kepada Yang DiPertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin dan disaksikan oleh Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.

Arifin berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan bank tersebut untuk membantu golongan asnaf yang terlibat sebagai usahawan kecil.

“Kita akan menggunakan zakat tersebut untuk membantu para asnaf yang berhak agar mereka dapat membangunkan perniagaan sendiri dan akhirnya mampu membantu para asnaf yang lain,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam, Ketua Rangkuman Kewangan Kumpulan Bank Islam Berhad, Mohd Nazri Chik dan Pengarah Wilayah Sabah Bank Islam Berhad, Zulkifli Mohamad Zain.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Kaamatan medium satukan kepelbagaian etnik, budaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular