HomeIsu tempatanJAKIM serah sumbangan kepada 807 KIR di Ranau

JAKIM serah sumbangan kepada 807 KIR di Ranau

Read Time:54 Second

Ranau : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini menyerahkan sumbangan bantuan kepada 807 Ketua Isi Rumah (KIR) dan 70 kanak-kanak di sini yang terjejas dengan banjir.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Ruslan Said berkata, bantuan yang disalur menerusi Program Musaadah Madani dan Program Jom Kembali Ke Sekolah 2023 itu melibatkan peruntukan berjumlah RM 168,200.

Katanya, bantuan itu adalah berupa bantuan bakul makanan serta kelengkapan sekolah bagi meringankan beban kewangan keluarga yang ditimpa musibah banjir di daerah Ranau dan Kota Marudu.

“Skuad Musaadah Madani telah bertungkus-lumus menyediakan bakul makanan yang merangkumi beras, makanan kering, minyak masak, tepung, gula dan sebagainya.

“Bagi Program Jom Kembali Ke Sekolah, JAKIM berpandangan anak-anak ini perlu dibantu dari segi fizikal dan mental supaya mereka mempunyai motivasi untuk meneruskan persekolahan.

“Jadi, inilah antara usaha JAKIM untuk mengelakkan lebih banyak keciciran dalam pendidikan khususnya masyarakat di pedalaman Sabah, sekali gus meringankan beban kewangan keluarga yang berpendapatan rendah dan mereka yang diuji dengan bencana,” katanya.

Ruslan yang ditemui pada majlis terbabit memaklumkan pihaknya juga merancang untuk meneruskan bantuan seumpama pada masa akan datang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular