HomeIsu tempatanTHP Sabaco serah zakat perniagaan lebih RM1.2 juta

THP Sabaco serah zakat perniagaan lebih RM1.2 juta

Read Time:1 Minute, 28 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : THP Sabaco Sdn Bhd (THP Sabaco) semalam menyerahkan Zakat Perniagaan bagi tahun berakhir 2021 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berjumlah lebih RM1.2 juta.

Penyerahan zakat itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif TH Plantations Berhad Mohamed Zainurin Mohamed Zain kepada Yang DiPertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin dalam satu majlis di sini semalam.

Majlis penyerahan itu turut disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

THP Sabaco Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat usahasama TH Plantations Berhad dan Musman Holdings Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan perladangan Kelapa Sawit di Sandakan dan Lahad Datu sejak 1991.

Bayaran zakat perniagaan THP Sabaco 2021 mencatatkan peningkatan sebanyak 102 peratus berbanding RM652,022 bagi zakat pada 2020.

Mohamed berkata, THP Sabaco sebagai sebuah syarikat perladangan Islam yang prihatim di negeri ini sentiasa melaksanakan tanggungjawab bayaran zakat perniagaan dengan sasaran untuk memperkasakan kewangan Islam.

Katanya, ia termasuklah pembangunan sosio-ekonomi ummah bagi manfaat golongan asnaf di Sabah.

Pihaknya turut berharap pembayaran zakat itu akan dapat dimanfaatkan oleh MUIS ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka di Sabah bagi kelestarian ekonomi golongan asnaf.

“Pihak kami merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak MUIS kerana sentiasa membantu THP Sabaco melaksanakan Wakalah Zakat kepada asnaf dengan harapan zakat tersebut dapat meringanan beban mereka.

“Semoga sokongan dan hubungan baik antara MUIS dan pihak syarikat akan terus membuahkan hasil yang baik dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kemaslahatan umat Islam di Sabah,” katanya.

Tambahnya lagi, THP Sabaco akan terus memperkasakan lagi aspek kebertanggungjawaban dengan pelaksanaan pelbagai program tanggungjawan social korporat secara bersasar.

“Diharap ianya akan dapat memberi impak positif kepada golongan asnaf dan masyarakat setempat dari aspek keusahawanan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan pemangkin kepada ekonomi masyarakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular