PBNS salur infaq kepada lima tahfiz terpilih

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Lima buah pusat tahfiz terpilih di negeri ini menerima infaq berjumlah sebanyak RM25,000 daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

Penyampaian infaq tersebut telah disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif selaku Exco Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Islam Sabah pada Majlis Penutupan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Bandaraya (KK I-Fest 2023) di Padang Merdeka, di sini baru-baru ini.

Pengerusi PBNS, Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar berkata, antara pusat tahfiz terlibat adalah Ma’had Tahfiz Miftahul Ulum Tanjung Aru, Tahfiz Al-Quran Bahrul Ulum Kampung Warisan Inanam, Maahad Tahfiz Assohabah Kampung Lobou Menggatal, Darul Hadis Lil Banat Sipanggil Putatan dan Al-Tahfiz Bayu Syuhadah Ranau.

“Setiap pusat tahfiz menerima jumlah RM5,000 yang kita pindahkan secara dalam talian ke akaun institusi masing-masing,” katanya ketika ditemui media di sini.

Katanya, setakat ini PBNS telah berjaya menyalurkan sebanyak RM241,450 di bawah bantuan institusi tahfiz bagi tahun 2022.

Turut Hadir, Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Awang Faisal Assyiffa, Pegawai PBNS, Hazran Abdul Basir, Mohd Shahir Mohd Tahir serta Zulfiqri Mohd Jaya.

Pada majlis itu juga, lima pusat tahfiz terbabit masing-masing menerima sumbangan RM1,000 daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah.

KK I-Fest merupakan festival tiga hari yang memartabatkan seni dan budaya Islam dan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada Jumaat malam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *