HomeIsu tempatanGAH tarikan baharu pelancongan UMS

GAH tarikan baharu pelancongan UMS

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Galeri Azman Hashim (GAH) bakal menjadi tarikan baharu pelancongan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, selain karya-karya seni yang dipamerkan, reka bentuk bangunan GAH itu sendiri yang unik merupakan daya tarikan istimewa.

“Selain menempatkan karya-karya bermutu tinggi, bentuk bangunan galeri ini menjadi satu kebanggaan kepada Sabah khususnya UMS kerana ia antara salah satu bangunan ikonik yang unik dan dapat dijadikan tarikan kepada pelancong terutamanya pencinta seni.

“GAH juga berfungsi sebagai pusat pengembangan ilmu yang mana galeri ini menempatkan pelbagai fasiliti yang boleh digunakan bagi penganjuran program-program kesenian dan kebudayaan seperti seminar, ceramah, pameran dan sebagainya.

“Harapan kita adalah untuk menjadikan GAH sebuah galeri seni yang tersohor bukan hanya di rantau ini tetapi mampu menjadi tumpuan khasnya kepada pencinta seni dan budaya dari seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Kunjungan tersebut bertujuan menjemput Tun Juhar untuk hadir sekaligus menyempurnakan Perasmian Galeri Azman Hashim yang dijadualkan pada 10 Jun depan.

Diinspirasikan daripada reka bentuk Gong, pembinaan GAH yang menelan belanja sebanyak RM15 juta ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Azman Hashim dan telah siap dibina pada pertengahan tahun lepas.

Turut hadir, Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar, Bendahari, Badrul Hisham Ismail dan Pengarah GAH, Dr. Mohammad Puad Bebit.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya