HomeUtamaTeknologi daging kultur selaras matlamat dasar kerajaan

Teknologi daging kultur selaras matlamat dasar kerajaan

Read Time:2 Minute, 25 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur — Bioteknologi khususnya dalam teknologi daging, adalah selaras dengan matlamat Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) dan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata DBN 2.0 dan DSTIN 2021-2030 menyasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bio-inovasi untuk pencipta kekayaan dan teknologi daging kultur dapat mewujudkan peluang pekerjaan baharu, menjana pendapatan industri tempatan serta merangsang inovasi dalam bioteknologi dan sektor berasaskan bio.

“Teknologi berasaskan sel untuk daging kultur adalah komponen utama bioteknologi, seperti digariskan dalam DBN 2.0 yang dilancarkan oleh MOSTI pada Sept 2022. Ia juga selaras dengan rancangan DSTIN 2021-2030 untuk mengubah Malaysia menjadi negara berteknologi tinggi menjelang 20230.

“Dasar ini mengiktiraf kepentingan bioteknologi dalam menangani cabaran negara, khususnya dalam keterjaminan makanan, pengurusan kesihatan dan perubahan iklim,” katanya dalam ucaptama ketika merasmikan Persidangan Daging Kultur Malaysia yang julung kali diadakan di sini hari ini.

Beliau berkata DBN 2.0 turut menekankan pembangunan mampan di Malaysia dan teknologi daging kultur dapat membantu mencapainya dengan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, penggunaan tanah dan air yang dikaitkan dengan penternakan tradisional, membawa ke arah sistem makanan yang lebih mampan dan cekap.

Arthur berkata kedua-dua dasar berkenaan turut menggalakkan pembangunan penyelesaian bioteknologi yang inovatif untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan teknologi daging kultur boleh menghasilkan daging yang lebih selamat, berkhasiat dan bebas hormon serta antibiotik dalam persekitaran terkawal.

Beliau berkata berdasarkan penyelidikan dan pasaran, dianggarkan pasaran daging kultur ketika ini yang bernilai RM RM791.87 juta (AS$176.48 juta) pada 2022, akan meningkat kepada RM1.443 bilion (AS$321.71 juta) pada 2027, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun 12.76 peratus.

Namun, Arthur mengakui beberapa halangan utama dalam mengusahakan daging kultur termasuk kos pengeluaran yang tinggi, kekurangan rangka kerja pengawalseliaan untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan dalam aplikasi klinikal, serta cabaran teknikal berkaitan dengan meningkatkan proses pengeluaran dan mencapai keputusan merentasi kumpulan berbeza.

Hakikatkanya, Arthur berkata teknologi daging kultur ini masih di peringkat awal penyelidikan dan pembangunan di Malaysia.

“Sehubungan itu, MOSTI, Bioeconomy Corporation dan agensi lain memainkan peranan penting dalam menyokong dan menyediakan infrastruktur, serta membangunkan ekosistem seperti pembiayaan, bakat serta penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan pertumbuhan teknologi daging kultur di negara ini,” katanya.

Penganjur Persidangan Daging Kultur Malaysia, Cell AgriTech, sedang memangkin permulaan sel dan teknologi molekular di Malaysia dengan melancarkan pengeluaran daging kultur di Batu Kawan, Pulau Pinang menjelang akhir 2024 dengan pelaburan dijana secara dalaman sebanyak RM20 juta.

Sementara itu, penganjur bersama, Bioeconomy Corporation, sebuah agensi pembangunan ekonomi terkemuka dalam bioteknologi dan industri berasaskan bio di Malaysia telah membantu AgriTech di bawah program Bio-based Accelerator (BBA).

BBA membantu syarikat pemula tempatan, perniagaan mikro dan syarikat besar dalam industri berasaskan bio dalam menggabungkan sains, teknologi dan automasi.

Ditubuhkan pada 2005, Bioeconomy Corporation dimiliki Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan berada di bawah bidang kuasa MOSTI.

— BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya