HomeUtamaPasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diteruskan

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diteruskan

Read Time:1 Minute, 14 Second

BERNAMA

PARLIMEN — Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan tahun lepas di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak diteruskan lagi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana ia tidak memberikan kesan terhadap penurunan kadar inflasi di negara ini.

“Kalau kita tengok kadar inflasi (adalah) sama daripada tahun lepas hingga sekarang, cuma tahun ini, kita lihat ada sedikit pengurangan dari segi peningkatannya (kadar inflasi).

“Jadi kita tidak teruskan mesyuarat, lagi pun tidak efektif mesyuarat diadakan dua kali seminggu. Jadi tiada penerusan dari segi jawatankuasa (pasukan) tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) pada sesi soal jawab yang ingin tahu sama ada pasukan khas itu masih wujud dan sejauh mana keberkesanannya dalam membantu rakyat menangani cabaran peningkatan kos sara hidup.

Pasukan tersebut ditubuhkan pada 29 Jun tahun lepas bagi membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Kepada soalan tambahan daripada Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau), sama ada kerajaan bercadang untuk menarik balik kenaikan tarif elektrik yang dikenakan terhadap pengguna bervoltan sederhana (MV) dan tinggi (HV) dalam kalangan industri bagi membolehkan harga barangan diturunkan, Fuziah berkata langkah berkenaan tidak akan membantu.

“Sebaliknya kita perlu bantu rakyat meningkatkan kuasa belanja. Sebab itu inisiatif Jualan Rahmah dan Menu Rahmah dilakukan kerana ia membantu menurunkan kadar peningkatan makanan bermasak di luar rumah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Jual paku simen 20 sen sebatang, peniaga warga asing terima notis...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular