Perbezaan agama tidak halang rakyat di Sabah terus hidup harmoni

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu:  Perbezaan agama antara pelbagai kaum dan etnik di negeri ini selain kewujudan rumah ibadat di lokasi berhampiran antara satu sama lain membuktikan amalan toleransi kaum di Sabah sangat tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak berkata, perbezaan agama di negeri juga bukan menjadi halangan untuk masyarakat setempat untuk terus hidup harmoni.

“Senario ini menunjukkan tahap toleransi agama dan persefahaman yang sangat tinggi di kalangan masyarakat majmuk di Sabah.

“Bagi rakyat negeri, perbezaan agama dan latar belakang kaum tidak sama sekali menjadi halangan untuk mereka bersatu. Malah jangan hairan kalau terjumpa orang Islam yang berkunjung ke majlis perkahwinan penganut kristian yang diadakan di gereja,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di media sosial Facebooknya di sini hari ini.

Salleh berkata, amalan kesederhanan ini bukan menjadi isu di Sabah yang mempunyai lebih 30 suku kaum yang berbeza agama.

Katanya, semangat kekitaan dan budaya saling menghormati ini merupakan antara kunci kejayaan Sabah dalam mengekalkan perpaduan kaum dan kesederhanaan hidup.

“Tidak harianlah rakyat negeri ini dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.  Marilah kita pertahankan amalan kesederhanan dan kesepakatan ini yang tidak mudah dipengaruhi dan diganggu gugat elemen yang ekstrem,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *